Mungkin anda yang sedang membaca artikel ini adalah usahawan yang mengendalikan bisnes secara atas talian, ataupun online business. Saya amat menghargai kesudian anda untuk membaca artikel ini, saya ucapkan jutaan terima kasih.
Ramai yang saya jumpa di luar mengatakan bisnes online hanyalah sebuah bisnes berskala kecil dan tidak perlu untuk membuat taksiran cukai. Ada juga yang mengatakan bisnes online yang mereka lakukan hanya ‘suka-suka’, ‘cuba nasib’ dan ‘tak terfikir masa depan’… yang akhirnya mereka selepas beberapa bulan mengambil keputusan membuat bisnes online secara serius.
Jadi, benarkah bisnes online tidak perlu untuk buat taksiran cukai?
Tak perlu banyak, saya jemput anda untuk membaca hanya 5 faedah membuat taksiran cukai walaupun anda menjalankan bisnes online.
Keyakinan pengurusan kewangan perniagaan yang telus
Apabila anda dapat menguruskan kewangan perniagaan online dengan lebih tersusun dengan bantuan akauntan, anda akan lebih yakin dengan cara anda menguruskan kewangan. Anda dapat mengenalpasti setiap transaksi, proses keluar masuk wang dan pengurusan pembelian stok dilakukan secara telus.
Ini adalah amalan yang sangat baik, walaupun amda sekadar menjalankan bisnes online tetapi anda melakukan rutin yang sama seperti perniagaan dan syarikat-syarikat besar.
Mudah untuk membuat pinjaman daripada bank
Apabila rekod kewangan bisnes online anda tersusun dan dihantar sebagai taksiran cukai pada tahun semasa, bank pastinya akan lebih gembira untuk berurusan dengan anda.
Ini kerana dengan dokumentasi yang lengkap akan menjadikan bank amat mempercayai anda dan bersedia untuk memberikan kelulusan pinjaman dengan lebih mudah. Lebih cantik perakaunan dan aliran tunai anda, lebih tinggi nilai pinjaman yang boleh bank berikan.
Bayangkan sekiranya anda ingin mengembangkan bisnes online anda kepada bisnes fizikal tetapi anda tidak bersedia dengan pelbagai dokumen yang diperlukan, bank pastinya akan berfikir lebih panjang untuk memberikan apa-apa pinjaman.
Mudah untuk mendapat manfaat daripada Kerajaan
Terdapat pelbagai inisiatif daripada Kerajaan dalam membantu peniaga dalam industri kecil dan sederhana, lebih-lebih lagi kepada mereka yang berniaga secara online. Inisiatif seperti Pendigitalan PKS & PKS Mikro bukan sahaja memberikan kelas dan latihan, tetapi menawarkan geran-geran yang boleh dimohon.
Sebagai bisnes online yang telah bersedia untuk melangkah ke hadapan, anda akan lebih mudah untuk mendapat manfaat yang ditawarkan dan bersedia untuk menyahut cabaran untuk mengembangkan bisnes anda.
Elak daripada didenda LHDN
Ini adalah bahagian paling ngeri untuk saya ceritakan.
Sekiranya anda memilih untuk tidak mengisytiharkan cukai perniagaan, dan anda tertangkap… anda perlu bersedia dengan pelbagai kemungkinan.
Akta Cukai Pendapatan 1967 dengan jelas memperuntukkan penalti antara RM1,000 hingga RM20,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali kepada mana-mana individu yang tidak mengisytiharkan cukai pendapatan. Sekiranya tersalah lapor cukai, boleh dikenakan denda sehingga 300 peratus.
Jadi, jangan main-main.
Membantu meningkatkan ekonomi negara
Ya, ini kelihatan sangat cliche tetapi sangat penting untuk anda ketahui. Cukai yang dibayar oleh anda akan kembali kepada rakyat untuk pengurusan perbelanjaan pembangunan fizikal dan infrastruktur seperti jalan raya, hospital, sekolah serta pembangunan ekonomi dan sosial seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan kebajikan rakyat.
Maksudnya tanpa cukai yang datang daripada anda boleh merencatkan pelan pembangunan yang telah dirancang oleh Kerajaan.
Jadi, apabila anda telah membaca 5 faedah membuat taksiran cukai atas perniagaan online anda, adakah anda bersedia untuk menguruskan cukai anda? Saya sedia membantu anda menguruskan cukai perniagaan anda, hubungi kami sekarang!