Ini sebabnya perlu lantik akauntan freelance

  • Post author:
  • Post last modified:
  • Post category:Perakaunan

Usahawan yang masih baharu menjalankan perniagaan semestinya tak menang tangan untuk melakukan aktiviti perniagaan. Pemasaran harus dijalankan, jualan harus ditingkatkan dan khidmat pelanggan harus dijaga demi memastikan kelangsungan perniagaan.

Usahawan baharu juga tidak terlepas untuk menyediakan sendiri urusan perakaunan. Namun, adakah berbaloi untuk anda melakukannya sendiri? Apa kata saya cadangkan untuk anda outsource akauntan atau mencari akauntan freelance untuk menyediakan urusan perakaunan perniagaan anda.

Saya senaraikan 5 sebab mengapa anda perlu lantik akauntan freelance dalam tempoh terdekat.

Dokumen perakaunan yang lebih teratur

Akauntan freelance yang lebih pakar dan terlatih dalam urusan perakaunan akan menjadikan akaun perniagaan dan syarikat lebih teratur. Setiap dokumen akan disusun mengikut keperluan dan disimpan secara sistematik menerusi fail-fail berkaitan. Tiada lagi keciciran dokumen penting, semuanya diselenggara dengan baik bagi memudahkan anda membuat taksiran cukai.

Serah kepada pakar

Anda mungkin pakar membuat produk dan servis, tetapi anda mungkin tidak mahir dengan selok belok perakaunan. Anda mungkin akan melihat terma-terma yang mengelirukan, akta-akta yang sentiasa dikemaskini, di samping pelbagai nombor yang anda mungkin menyebabkan anda rasa putus asa. Jangan risau, serahkan sahaja urusan perakaunan pada yang pakar!

Kurangkan risiko kesilapan

Apabila terlalu banyak dokumen yang perlu anda semak untuk taksiran cukai, anda mungkin akan menghadapi masalah. Jika terdapat kesilapan, kemungkinan untuk merombak dan menyemak akaun dari mula adalah amat tinggi. Semua ini akan melibatkan kos yang amat tinggi dan membuang masa anda.

Servis membuat akaun yang lebih murah

Akauntan freelance seperti saya menawarkan pakej-pakej dengan harga berpatutan. Tidak perlu untuk melantik jawatan tetap dengan gaji RM1,800 hingga RM2,000 sebulan, ditambah dengan keperluan mencarum KWSP dan SOCSO. Akauntan freelance boleh mengurangkan kos sehingga 50 peratus.

Anda lebih fokus pada perniagaan

Apabila semua urusan perakaunan dilakukan oleh akauntan yang dilantik, anda boleh mula fokus untuk mengembangkan perniagaan, membuat pemasaran dan jualan. Cukup tarikh untuk anda menghantar taksiran cukai, akauntan anda telah bersiap sedia untuk membantu anda memberi khidmat nasihat.

Melantik akauntan freelance adalah pilihan tepat kepada perniagaan dan syarikat, terutamanya kepada perniagaan di bawah industri kecil dan sederhana. Tidak dapat dinafikan, peranan akauntan adalah amat penting untuk memberikan peluang bagi mengembangkan perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi.

Sekiranya anda memerlukan akauntan freelance, hubungi saya sekarang. Klik link ini untuk berhubung dengan saya.