Ketahui Kitaran Perakaunan untuk perniagaan

  • Post author:
  • Post last modified:
  • Post category:Perakaunan

Bagi yang baru menjinakkan diri dalam bidang perniagaan, Kitaran Perakaunan adalah perkara baharu yang perlu anda ketahui dan lalui. Dengan pengalaman anda sendiri, dibantu oleh akauntan anda akan melihat proses ini akan berjalan dengan sendirinya sepanjang tahun.

Kitaran perakaunan merupakan beberapa peringkat proses perakaunan yang bermula daripada Dokumen Perniagaan sehingga Catatan Penutup. Jangka masa untuk satu Kitaran Perakaunan dilengkapkan adalah dalam satu tempoh perakaunan.

Terdapat 8 proses yang perlu diketahui. Saya akan bantu anda untuk memberikan kefahaman asas terhadap proses-proses ini.

Peringkat 1 : Dokumen Perniagaan

Pada peringkat ini, urus niaga perniagaan direkod ke dalam Dokumen Perniagaan seperti invois, nota kredit, resit, baucar dan sebagainya.

Peringkat 2 : Buku Catatan Pertama

Pada peringkat ini, maklumat daripada dokumen-dokumen perniagaan direkod ke dalam Buku Catatan Pertama seperti Jurnal Am, Jurnal Jualan, Jurnal Belian, Jurnal Pulangan Jualan, Jurnal Pulangan Belian dan Buku Tunai.

Peringkat 3 : Lejar

Pada peringkat ini, catatan daripada Buku Catatan Pertama dipindahkan ke dalam akaun dalam lejar.

Peringkat 4 : Imbangan Duga

Pada peringkat ini, semua akaun-akaun dalam lejar dan kredit akan diimbangkan dalam Imbangan Duga.

Peringkat 5 : Selaras

Pada peringkat ini, akaun akan diselaraskan sekiranya ada keperluan, selepas penyediaan Imbangan Duga.

Peringkat 6 : Imbangan Duga Terlaras

Pada peringkat ini, Imbangan Duga disediakan semula selepas penyelarasan dibuat.

Peringkat 7 : Penyata Kewangan

Pada peringkat ini, Penyata Kewangan akan disediakan selepas Imbangan Duga diselaraskan. Penyata Kewangan ini terdiri daripada Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-Kira.

Peringkat 8 : Catatan Penutup

Pada peringkat terakhir ini, Catatan Penutup akan dibuat dalam jurnal selepas penyediaan penyata kewangan.

View this post on Instagram

 

A post shared by Yusof Johan (@yusofjohan.my)

Semoga dengan penulisan ringkas ini akan membantu anda memahami secara asas Kitaran Perakaunan. Sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan percukaian dan perakaunan, hubungi saya sekarang.