Senarai pelepasan Cukai Pendapatan 2022 individu untuk E-Filling 2023

  • Post author:
  • Post last modified:
  • Post category:Perakaunan

Tahun baharu, semangat baharu! Dalam kesibukan memulakan tahun baru dengan penuh tenaga, jangan lupa dengan pengisytiharan cukai yang bakal datang tidak lama lagi.

Bagi persediaan anda, saya ingin menyenaraikan pelepasan Cukai Pendapatan bagi tahun 2022 individu untuk kegunaan anda membuat e-Filing pada tahun 2023. Jangan lupa untuk simpan resit anda sekurang-kurangnya 7 tahun supaya anda lebih bersedia!

Pelepasan Cukai untuk Individu dan Pasangan

Yuran untuk pendidikan diri sendiri (nilai maksimum RM 7,000)

  • Yuran pendidikan untuk peringkat pengajian tinggi (diploma, ijazah sarjana muda di universiti awam dan swasta dalam jurusan undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri atau sains dan teknologi) atau peringkat lepasan ijazah (ijazah sarjana, doktor falsafah dalam apa-apa jurusan).
  • Pengajian yang dijalankan untuk tujuan peningkatan kemahiran atau peningkatan diri dengan kursus yang diiktiraf di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (nilai dihadkan kepada RM1,000).

Tanggungan nafkah kepada pasangan / bekas pasangan (nilai maksimum RM 4,000)

  • Bagi pasangan yang tiada pendapatan.
  • Nafkah kepada bekas isteri (perjanjian secara bertulis daripada mahkamah adalah diperlukan).

Perbelanjaan perubatan atau insurans

Insurans hayat (nilai maksimum RM 3,000)

  • Langganan insurans hayat premium untuk diri sendiri dan pasangan.

Insurans pendidikan atau perubatan (nilai maksimum RM 3,000)

  • Langganan insurans premium untuk faedah pendidikan atau perubatan untuk diri sendiri, pasangan & anak.

Perbelanjaan perubatan untuk penyakit serius (nilai maksimum RM 8,000)

  • Perbelanjaan perubatan untuk penyakit serius untuk diri sendiri, pasangan & anak.
  • Kos rawatan kesuburan bagi pasangan suami isteri.
  • Pemeriksaan perubatan lengkap dan ujian pengesanan COVID-19 (nilai dihadkan kepada RM 1,000).
  • Perbelanjaan vaksinasi (nilai dihadkan kepada RM 1,000).

Pelepasan Cukai untuk Ibu Bapa

Perbelanjaan perubatan ibu bapa (nilai maksimum RM 8,000)

  • Termasuk perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas atau perbelanjaan penjaga
  • Pelepasan cukai untuk penjagaan ibu bapa telah dibatalkan untuk tahun taksiran 2021 yang diisi pada tahun 2022.

Pelepasan Cukai untuk Seisi Keluarga (Individu, pasangan dan anak)

Gaya hidup (nilai maksimum RM 2,500)

  • Buku dan majalah
  • Peralatan sukan
  • Komputer, telefon pintar dan tablet
  • Langganan internet
  • Yuran keahlian gimnasium

Peralatan Sukan (nilai maksimum RM 500)

  • Pembelian peralatan sukan, sewa/yuran penyertaan kemudahan sukan & yuran pendaftaran pertandingan sukan

Perbelanjaan perjalanan domestik yang layak (nilai maksimum RM 1,000)

  • Yuran penginapan di premis penginapan pelancong yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (semak premis penginapan yang berdaftar di pautan)
  • Bayaran masuk ke tempat tarikan pelancong

Perbelanjaan berkaitan kemudahan mengecas kenderaan elektrik (EV) (nilai maksimum RM 2,500)

  • Perbelanjaan termasuk pemasangan, penyewaan, sewa beli peralatan atau yuran langganan (pelepasan cukai untuk tahun taksiran 2022 & 2023)

Pelepasan Cukai untuk Anak-Anak

Yuran yang dibayar kepada taman asuhan kanak-kanak dan tadika (nilai maksimum RM 3,000)

  • Hanya untuk anak-anak berumur sehingga 6 tahun
  • Pusat asuhan kanak-kanak atau tadika yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Kementerian Pendidikan.

Pendidikan anak-anak

  • Pengecualian cukai bernilai RM 2,000 untuk anak-anak berumur bawah 18 tahun yang masih dalam pendidikan
  • Pengecualian cukai bernilai RM 2,000 untuk anak-anak berumur 18 tahun ke atas dengan syarat :
    • Belajar di universiti atau kolej di dalam Malaysia (kecuali kursus sijil, matrikulasi atau persediaan).
    • Mengikuti program ijazah atau pendidikan tinggi di luar negara (termasuk sarjana atau kedoktoran).
    • Institusi pendidikan hendaklah mempunyai kelulusan oleh pihak berkuasa kerajaan yang berkenaan.

Alatan Penyusuan (nilai maksimum RM 1,000)

  • Hanya terpakai kepada wanita bekerja dengan anak berumur di bawah 2 tahun
  • Tuntutan pengecualian cukai hanya untuk 2 tahun sekali

Pelepasan cukai berkaitan caruman dan simpanan

Skim Persaraan Swasta (nilai maksimum RM 3,000)

  • Dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2025

Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (nilai maksimum RM 4,000)

Caruman PERKESO dan EIS (nilai maksimum RM 350)

Simpanan bersih Skim Simpanan Pendidikan Nasional (nilai maksimum RM 8,000) untuk anak-anak

  • Dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2024

Pelepasan Cukai untuk Orang Kurang Upaya

Orang Kurang Upaya (OKU) (nilai RM 6,000)

Pasangan yang dikategori sebagai OKU (nilai RM 5,000)

Anak-anak yang dikategori sebagai OKU (nilai RM 6,000)

  • Untuk anak-anak berumur bawah 18 tahun yang masih melanjutkan pelajaran
  • Tambahan RM 8,000 pelepasan untuk kanak-kanak yang belum berkahwin berumur 18 tahun ke atas dengan syarat :
    • Melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dan ke atas di dalam negara
    • Melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan ke atas di luar negara

Peralatan sokongan asas untuk individu kurang upaya, pasangan, anak atau ibu bapa (nilai maksimum RM 6,000)

Sekiranya anda tidak tahu di mana anda ingin bermula dan ini adalah pertama kali membuat pentaksiran cukai, hubungi saya sekarang untuk saya bantu. Klik link ini untuk berhubung dengan saya.